Review Movie : Abg long fadhil 2

by - September 06, 2017



Assalamualaikum.



Alhamdulillah. Berkesempatan juga aku tengok Movie Abang long Fadhil 2 ni walaupun mungkin sudah terlewat.. tapi sebenarnya aku serius tidak menyesal tengok!!! Haha.

Kenapa?

MENGHIBURKAN!

Sinopsis 

Mengisahkan tentang perjalanan hidup Fadil, yang terjerumus ke dalam dunia mafia, didalangi oleh Taji Samprit dan anaknya Wak Doyok. Fadil disyaki sebagai Tiger. Seorang pembunuh upahan bertopeng  yang dikehendaki.

Wak doyok boleh berlakon!!!


Kerana tersepit, Fadil terpaksa menyamar dan menjalani kehidupan sebagai seorang pembunuh upahan walaupun dia sebenarnya bukan seorang pembunuh. 

Aku suka bila shuib pegang watak polis tapi serius lawak. Syamsul Yusof memang sesuai sangatla.. 5star.


Sasaran pertama Fadil ialah King Kong, dan di sinilah segalanya bermula. Cuba membuktikan dirinya tidak bersalah, Fadil meminta bantuan dari  seorang wartawan TVKL,Yana.  Satu demi satu masalah timbul namun Fadil kena membuktikan bahawa dirinya bukanlah Tiger. Siapakah Tiger yang sebenar?? 


lawa kan sut merah tu.. 


My Review

☝Dari awal lagi filem ni mampu buat aku ketawa berjemaah dengan husband.

☝ Geli hati aku woi bila nama watak Syamsul Yusof boleh  jadi Inspektor Wahab.. hahaha.. serius x macho. terkena di hati aku.. 



☝ Jalan cerita yang menarik. Part Aksi aku bagi 5star walaupun sesetengahnya diselitkan dengan lawak.

☝ Lawak tu "YES". Aku ketawa. tidak hambar dan tidak mengecewakan walaupun aku sebenarnya tidak bagi expectation yang tinggi sangat pasal movie ni.


☝ Sut Wak Doyok dan Zizan lawa. Walaupun aku ni perempuan, teringin pula pakai sut tu.. hahaha.. mau buat sepasang untuk laki bini la.. haha



☝ Semua pelakon membawa watak dengan baik. TERBAIK. Lebih-lebih lagi aku tertarik dengan watak yang di bawa oleh shuib dan Wak doyok. Rupanya Wak doyok boleh berlakon!!  Satu lagi, Tidak sangka juga Achey boleh bawa watak serius. 


☝ Plot twist dihujung movie serius buat aku terkejut. Spontan mulut aku cakap "oooo.. rupa-rupanyaaaaaa..."

mau tahu apa?? tengok sendiri. 

Kalau rasa diri tu murung.. bawak-bawakla tengok movie ni.. serius lawak. hahaha.. Sila tengok di pawagam yang berdekatan. Jom support filem Malaysia. 

Tahniah anak muda Syafiq Yusof atas sentuhan magik yang tidak disangka. 


Rating : 8/10



ok. Thats all.
kbai.

You May Also Like

7 comments

  1. Best citer ni...bwu pi tngok..aksi terbaik dri ALF1

    BalasPadam
  2. Best eh.. Nanti boleh Sha cuba tengok..

    BalasPadam
  3. Alamak mmg nampak best wlakon semua mmg berbakat. Xmo spoiler huhhh

    BalasPadam
  4. byk feedback bagus filem ne..mcm mau p tgk pulak.hahaa

    BalasPadam
  5. best filem ni kan...nk tgk filem ni

    BalasPadam

drop your comment buddy.