BAHAYA Menghalakan Kipas Angin Ke Wajah Dan Badan Semasa Tidur Malam

by - Jun 02, 2016







Assalamualaikum,


Sebenarnya kita memang sedia maklum bahawa BAHAYA tu ada di mana-mana.. Untuk perkongsian bersama, mari kita tambah ilmu kita tentang BAHAYA MENGHALAKAN KIPAS ANGIN KE WAJAH DAN BADAN SEMASA TIDUR MALAM

Kipas angin sememangnya digunakan untuk memberikan kesejukan dan menyegarkan diri kita terutamanya bila kita menginginkan keselesaan semasa tidur. Kita sendiri pun tidak selesa jika tidur dalam keadaan berpeluh kan?

Namun begitu, berikut adalah bahaya kipas angin kesan daripada penggunaan kipas angin yang salah :



1. Penyakit Bell Palsy

Bell’s Palsy adalah nama penyakit yang menyerang saraf wajah hingga menyebabkan kelumpuhan otot pada salah satu sisi wajah.

Wajah akan terasa sukar untuk tersenyum, ketawa dan kita akan mengalami pembengkakan di daerah wajah tertentu. Penyakit ini disebabkan oleh kondisi saraf wajah yang menegang kerana terkena suhu yang sejuk dari kipas angin secara terus-menerus.



2. Oksigen berkurangan
Ini terjadi jika kita terus-menerus menghadapkan kipas tepat ke arah wajah. Angin daripada kipas adalah tidak sepenuhnya oksigen dan ianya juga mengandungi gas karbon dioksida. Jika angin terus di hadapkan ke wajah, kita akan mengalami masalah untuk mendapatkan oksigen yang cukup.



3. Suhu Badan Menurun

Keseimbangan badan adalah sangat diperlukan untuk melindungi sistem sel imun. Salah satu diantara usaha untuk mengatur suhu badan ialah dengan mengeluarkan peluh. Badan kita semasa tidur sememangnya akan mengeluarkan peluh, tetapi apabila memakai kipas angin menghala ke badan/muka semasa tidur,ia akan menyebabkan kulit menjadi kering dan sekaligus mengecilkan pori-pori. Kesannya, peluh didalam badan akan susah dikeluarkan.



4. Tubuh kekurangan air
Seperti yang diungkapkan oleh Dr. Wendra Ali, seorang ahli saraf mengatakan bahawa sekiranya kita berada di ruangan yang dingin dalam waktu yang lama, ia akan menyebabkan tubuh kita kekurangan air. Tidur menggunakan kipas angin secara lama juga akan menyebabkan tubuh menjadi kekurangan air dan mengalami kedinginan yang berlebihan .



5. Kulit kering

Masalah kulit tidak hanya terjadi akibat terkena sinar matahari sahaja. Keadaan ruang yang terlampau sejuk juga memberikan kesan buruk kepada kesihatan kulit. Sekiranya kita terlalu lama menggunakan kipas angin, efek kekurangan air akan terjadi pada tubuh, termasuk kulit. Ini kerana kulit kita sangat memerlukan kandungan air dalam darah yang akan mengalir di sekitar kulit.


6. Otot kaku dan sakit

Otot kaku dan sakit juga akan dirasakan jika kita menggunakan kipas angin terlalu lama terutamanya apabila diarahkan ke tubuh. Maka tidak hairan sekiranya kita terbangun dari tidur badan akan merasa tidak segar. Malah sering rasa lemas badan dan kaku.



7. Sesak nafas
Sesak nafas biasanya berlaku apabila kipas diarahkan terus-menerus pada muka. Kipas angin membuat udara yang ada di bilik hanya berputar-putar disekitar kita saja. Dalam hal itu, kita bernafas, menghirup udara lalu mengeluarkannya, menghirup lagi udara daripada sisa pernafasan sendiri. Kandungan udara sisa pernafasan kita adalah karbon dioksida, ini yang menyebabkan sesak nafas semasa kita tidur.


Tips untuk mencegah bahaya kipas angin :
1.Jangan gunakan kipas angin di dalam ruangan yang tertutup atau yang tidak memiliki sistem udara yang baik.

2.Jangan hadapkan kipas angin tepat ke wajah

3.Jika anda tidak memiliki kipas dengan fungsi timer, maka hadapkan kipas ke atas sedikit dari tubuh, atau kecilkan ‘power’ kipas agar anginnya tidak terlalu kuat.

4.Bersihkan kipas angin anda!!



Selesai Perkongsian ilmu hari ini..

Semoga Bermanfaat.
Kbai. Assalamualaikum.

You May Also Like

4 comments

  1. kalau mmg statik je kat muka memang akan haus and badan masuk angin and pada budak2 mmg akan terjadi sesak nafas

    BalasPadam
  2. sis dah lama x guna kipas angin . dlm bilik jadi sauna ... bagus juga dpt keluarkan peluh ... hehehee

    BalasPadam
  3. Dua hari lagi sebelum kita berganti tahun ke 2019. Semoga dengan promosi ini bisa menjadikan kita lebih ramai dan bisa menjadi nomor 1 digoogle jika sudah tahun 2019.
    Dengan berganti nya tahun 2018 ke 2019 semoga promosi kita makin terdeteksi oleh google.co.id dan tidak dianggap link tidak bagus..

    Klikqq
    laga99
    situs judi online
    berita viral
    bandarq online
    judi online
    cara menang judi
    iphone xs max
    situs judi

    Selamat tahun baru 2019 untuk pemilik blog ini!

    BalasPadam

drop your comment buddy.