APA ERTI PUASA PADA ANDA?

by - Jun 16, 2016



Assalamualaikum.. sedang aku steady menerjah blog..duduk di dalam office di kala santai tapi sebenarnya mengalami satu tekanan kerja yang meniupkan angin sepoi-sepoi.. fuhhh.. Aku pun dengan kuasa bulan, yakin dan jitunya mula menaip dan membuka entry iaitu; 

Apa erti puasa pada anda?? Apa erti puasa bagi kamu??

Alhamdulillah. Tahun ini aku menjalani bulan Ramadhan sebagai seorang isteri kepada cinta hati iaitu Encik Mohd Shafiq bin Abdul Karim. Ok back to the topic,secara ringkas, pemahaman aku terhadap PUASA iaitu.. 


TAHAN

 JANGAN

Apa yang kita perlu tahan?
Tahan nafsu makan,tahan lapar, tahan nafsu berbelanja, tahan nafsu mata, tahan mulut, tahan hati , Tahan diri, tahan maki, tahan penat dan yang sama waktu dengannya.

Kena ingat, di bulan puasa.. kita akan berperang dengan nafsu kita,dan waktu itu, hanya kita yang akan menentukan siapa diri kita yang sebenarnya.. nafsu di dalam diri sentiasa ada.. dan itu yang kita kena TAHAN.

Apa yang Jangan?
Jangan marah, jangan maki, jangan boros, dan jangan jangan yang jangan.Jangan lupa beribadah.

Dalam masa yang sama kita kena angkat satu tabiat mulia iaitu RAJIN 

Rajin apa ya?
Beribadah kepada Allah s.w.t. 



Sebab? Mudah saja. Belum tentu kita boleh bertemu dengan Ramadhan pada tahun depan. Selagi kita belum dijemput ajal, tidak ada kunci terlambat, rebutlah peluang yang masih ada di muka bumi ini. Jangan tangguh-tangguh. 

Sama-sama kita beringat supaya kita mampu menjadi seiring dengan title super best power walaupun dalam minda sedar bahawa kita memang manusia biasa yang tidak sempurna..


Assalamualaikum.
k bai




You May Also Like

0 comments

drop your comment buddy.