Petua halau lipas :-)

by - Oktober 16, 2015



Petua halau lipas


 

SABUN WANGI

 Letakkan sabun yang wangi ( tidak kisah apa jenama ). Potong kecil-kecil dan masukkan dalam tempat yang dijajah oleh lipas.. Insya Allah lipas akan pergi membawa beg bagasi ‘af’ sebab beliau tidak suka bau yang wangi.   

TIMUN

 Ambil hujung timun atau pangkalnya.letakkan ditempat yang kelihatan banyak lipas. Setelah beberapa lama, akan kelihatan lipas2 tersebut ‘meninggal’ atau sudah tidak kelihatan di kawasan tersebut. 


DAUN PANDAN
 
Satu lagi petua yang boleh digunakan adalah meletakkan beberapa helai daun pandan di tempat-tempat hang out lipas2 tersebut. Lipas pun akan pergi membawa buku merah dan tidak akan lupa tamat tempoh...



Jangan pula gembira bila lipas patah kaki, harus diingat, kaki itu boleh tumbuh semula dan akan berlari berkejaran dengan kamu kembali..haha

Jangan cuba membunuh lipas dengan cara yang tidak bijak seperti memijak atau memukul lipas dgn kasut atau penyapu. Lipas betina ni ada ribuan telur halus dalam perutnya. Telur ini tidak pecah kerana sangat kuat. Ia akan bertaburan merata-rata tempat. Jika  terbuat jugak, pastikan tempat terpenyeknya lipas itu dibersihkan dan di-lap betul-betul dgn air dan sabun.

Mengurangkan peluang lipas cari makan dan bertelur dengan JAGA KEBERSIHAN
Jangan biarkan sampah sarap di rumah. Selalu cuci bilik air. Sinki rumah juga perlu sentiasa bersih, pokoknya semua kena bersih sebab lipas sangat bahagia bila menemui tapak-tapak yang kurang dijaga ni..

 Mengurangkan lebuhraya lipas dan laluan ‘shortcut’ beliau dan sila tutup retakan atau rekahan di dinding atau di lantai atau tingkap dgn silicon atau kapur.Pastikan lubang saluran air kumbahan tertutup dengan grill yang rapat. 

Jika lipas merangkak-rangkak dan berterbangan seperti stuntman2 orang putih, maka terpaksalah anda menggunakan racun untuk mengurangkannya. Gunalah spray seperti ridsect dan sebagainya yang ada banyak dijual di mall yang berdekatan. 

Semoga info ini bermanfaat. Ok bai.

Assalamualaikum.




You May Also Like

1 comments

  1. Yaieyy. aku selalu pijak lipas. sigh --' huhu.

    BalasPadam

drop your comment buddy.